H5P1

My photo
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca. Blog ini telah ditubuhkan oleh wakil-wakil pelajar H5P1 bersempena dengan pertandingan membina blog kemerdekaan anjuran pihak Kolej Matrikulasi Selangor. SELAMAT MEMBACA DAN SALAM SATU MALAYSIA !

Saturday, September 25, 2010

Kami H5P1 :)

Kami telah mengadakan sesi fotografi yang bertemakan pakaian tradisional ala-ala zaman kemerdekaan dahulu. Inilah gambar-gambarnya :)

H5P1 pada zaman dahulu? haha :)
Si ketua & penolong kelas H5P1

Si jejaka-jejaka kelas kami. (tapi seorang missing in action)
gadis-gadis melayu terakhir :P
Si jejaka dikelilingi gadis-gadis H5P1


  

eh? haha.


Tidak ketinggalan, sebuah video telah dibuat khas untuk members of H5P1 dan juga untuk tontonan umum. :)






Thursday, September 23, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat di KMS

Sungguh meriah suasana malam dengan sorakan dari orang ramai dari setiap blok-blok asrama pelajar yang terdapat di KMS ini. Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat yang telah diadakan pada 21hb Ogos, iaitu pada hari Selasa yang lepas memang adalah suatu malam yang tidak akan dapat dilupakan oleh orang ramai. Dengan persembahan koir yang hebat dari setiap blok serta persembahan dari kugiran pelajar KMS yang tersendiri ! Guru-guru juga tidak terlepas dari menyaksikan persembahan pelajar-pelajar KMS.


Malam dimulakan dengan persembahan daripada blok Canopus, diikuti oleh Vega, Capella, Mira dan Polaris. Turut membuat persembahan adalah kugiran pelajar KMS yang telah mempersembahkan lagu 'Standing In The Eyes Of The World' dan beberapa lagu yang lain.


Sambutan diakhiri dengan pengumuman pemenang bagi persembahan-persembahan koir. Berikut adalah senarai para pemenangnya :
 Tempat pertama : Polaris
Tempat kedua : Vega
Tempat ketiga : Capella


Tahniah kepada para pemenang! Sememangnya sambutan bulan kemerdekaan ini telah disambut dengan hebatnya sekali.

Pemenang bagi persembahan koir merdeka : Asrama Polaris.

Tuesday, September 14, 2010

Jalur Gemilang




Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.


Kolej Matrikulasi Selangor

KMS juga tidak ketinggalan dalam mengibarkan bendera Jalur Gemilang serta bendera Selangor Darul Ehsan. Kediaman-kediaman pelajar turut dihiasi dengan bendera-bendera mengikut tema kemerdekaan. Blok yang mengambil bahagian termasuklah :


Asrama Perempuan 1 - Mira



Asrama Perempuan 2 - Polaris

 
 

Asrama Perempuan 3 - Vega

 


Asrama Lelaki 1 - Capella



Asrama Lelaki 2 - Canopus
 


Friday, September 3, 2010

Kemerdekaan & KMS

Kolej Matrikulasi Selangor ( KMS ) yang baru sahaja setahun jagung tidak ketinggalan dalam mengadakan pelbagai jenis aktiviti sekitar bulan Ogos dan September. Walaupun tahun ni bulan kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadhan Al-Mubarak, pelajar-pelajar serta kakitangan KMS tetap menyambut bulan kemerdekaan dengan penuh gah.
Antara aktiviti yang dilakukan termasuklah :





Majlis Iftar Ramadhan
 
Tarikh : 30 Ogos 2010
Tempat : Surau As-Sufi
Masa : 6.00 petang - 12.30 pagi
 Organisasi Pelaksana : Pihak HEP, JPP dan AJK Surau As-Sufi 
Aktiviti yang dilakukan : Berbuka puasa, Sambutan ambang kemerdekaan, 
Countdown Merdeka







Lawatan Legasi 
Tarikh : 31 Ogos 2010
Tempat-tempat persinggahan : Bukit Jugra, Rumah Penginapan Kerabat DiRaja, Masjid Diraja Sultan Alaeddin, Makam Almarhum Sultan Abdul  Samad


Program Menghiasi Blok Kediaman Dengan Tema Kemerdekaan
Tarikh : 1 Ogos 2010 - 1 September 2010
Blok-blok yang terlibat : Mira, Polaris, Vega, Capella, Canopus.
Tidak dilupakan, pada 21 September 2010, iaitu pada hari Selasa, KMS bakal mengadakan satu lagu program bertemakan kemerdekaan yang melibatkan antara aktiviti seperti persembahan koir antara blok-blok kediaman pelajar yang terdapat di kolej ini.




Thursday, September 2, 2010

Aktiviti Peringkat Kebangsaan

Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ni (2010) ialah “1Malaysia Menjana Transformasi“.
Hari kemerdekaan kali ni jatuh pada bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan.
Seperti biasa, setiap kali sambutan hari kemerdekaan Malaysia, terdapat pelbagai aktiviti dan program yang dibuat untuk meraikan hari yang penuh gemilang ni.
Pembukaan bagi Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-53 ini ialah pada 1 Ogos 2010 yang lalu di mana telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang diadakan di Stadium Utama, Kangar, Perlis.
Selain daripada itu, ada juga aktiviti dan program-program lain yang diadakan sepanjang bulan Ogos dan bulan September 2010. Antaranya:
Sambutan Kemerdekaan Yang ke-53 Pameran Kemerdekaan "Wira Yang Tidak Dicanang"
Tarikh: 17 Ogos 2010 – 17 September 2010
Tempat: Muzium Negara
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Agensi Pelaksana : Jabatan Muzium Malaysia
Sambutan Kemerdekaan Yang ke-53 Pameran Memperingati Detik Sejarah Kemerdekaan
Pameran RTM Mengisi Kemerdekaan (Ruang legar muzium)
Tayangan Filem/Dokumentari/Drama
Kuiz Merdeka 53
Tayangan khas/esklusif
Tarikh: 23 Ogos 2010 hingga 30 September 2010
Sambutan Kemerdekaan Yang ke-53 Peraduan Merekacipta Kad Hari Kemerdekaan
Peraduan Mencipta Pantun Kemerdekaan
Peraduan Mencipta Slogan atau Nama Baru Muzium Penyiaran
Tarikh: 23 Ogos 2010 hingga 23 September 2010
Sambutan Kemerdekaan Yang ke-53 Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1Malaysia
Tarikh: 30 Ogos 2010
Masa: 6.15 petang – 10.00 malam
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan
Agensi Pelaksana: Jabatan Arkib Negara
Sambutan Kemerdekaan Yang ke-53 Majlis Berbuka Puasa dan Tahlil Merdeka
bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran KPKK

Tarikh: 31 Ogos 2010
Masa: 6.00 petang
Tempat: Masjid Putra, Putrajaya
Sambutan Kemerdekaan Yang ke-53 Acara Perbarisan dan Perarakan
Tarikh: 31 Ogos 2010
Masa: 7.00 pagi- 9.30 pagi
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Tuesday, August 24, 2010

Tema Kemerdekaan

 
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Perdana Menteri Malaysia (1957-1970)
“… merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapati,
melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu
iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan.

Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan,
bukan sahaja wang ringgit dan usaha dan tenaga
bahkan
jiwa kita sendiri juga… ”

“Semangat Kebangsaan hendaklah
dijadikan baja bagi menyuburkan
kemerdekaan yang kita capai.”


Tun Abdul Razak Dato’ Hussein Perdana Menteri Malaysia (1970-1976)
“… Hari Merdeka ialah hari Kebangsaan kita.
Marilah kita membanggakan Negara kita
dan sentiasa berjaga-jaga
supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman
Kebangsaan yang sempit.

Jika fahaman kebangsaan yang sempit itu
dibiarkan hidup dengan perasaan
yang meluap-luap maka sifat bertolak ansur
dan tali persahabatan kita dengan negeri-negeri
lain yang bebas akan terkecewa. Dengan
yang demikian maka
terganggulah keamanan dan ketenteraman dunia…”

“Kita juga telah berjaya memberikan
satu keperibadian yang sama kepada Negara
dengan menjadikan bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi yang tunggal di Negara ini
dan usaha-usaha masih lagi
dicari bagi menjadikan bahasa itu
sebagai bahasa kebangsaan dengan
erti kata yang sebenarnya.”



Tun Hussein Dato’ Onn Perdana Menteri Malaysia (1976-1981)
“… Tuan-tuan sekelian, akhirnya saya
suka berpesan dan berharap semoga
tuan-tuan dapat menunjukkan semangat
keperwiraan dan taat setia yang tidak
berbelah bagi pada setiap masa.

Tuan-tuan hendaklah sentiasa berwaspada
terhadap ancaman-ancaman yang
hendak merosakkan ketenteraman dan
kedaulatan Negara. Di samping itu tuan-tuan
juga hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk
mempertahankan Negara dan member
perkhidmatan pada masa-masa kecemasan
apabila dikehendaki oleh Negara kita…”


“Tanpa kejujuran yang tulin, seseorang
pemimpin akan menggunakan jawatannya
sebagai bahan dagangan untuk mencapai
kedudukan, mencari pengaruh, nama
dan membolot kekayaan.

Ia akan menjadikan parti perjuangan
sebagai topeng untuk memuaskan hawa
nafsu. Ia akan mengambil kesempatan
daripada sesuatu suasana atau krisis
untuk menangguk di air keroh.”



Tun Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia (1981-2003)
“… Kita boleh mempunyai pendapat
yang berbeza dalam politik Negara,
tetapi apabila kita berhadapan dengan
kemungkinan oranin lain cuba menjajah
kita, kita patut rapatkan barisan,
itulah makna patriotism.

Kita rapatkan barisan dan lupakan
tentang perselisihan faham antara
kita supaya dapat menumpukan
kepada segala usaha untuk
mempertahankan Negara…”


“Jelas rakyat dan negara kita amat bertuah.
Maruah dan kedaultan bangsa dan rakyat
kita, dapat kita lindungi dan kita pertahankan.
Inilah erti sebenar kemedekaan di Malaysia.”


Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia (2003- April 2009)
“… Sesungguhnya, segala kejayaan yang
dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha
dan pengorbanan pejuang-pejuang kita
yang terdahulu

Tun Abdul Rahman telah berjuang
bagi mencapai kemerdekaan, Tun Abdul
Razak berusaha gigih bagi membawa
pembangunan, Tun Hussein Onn memerah
keringat bagi memupuk perpaduan rakyat
dan Tun Dr.mahathir telah menentang
arus bagi memcipta pemodenan.

Mereka sebagai pemimpin kita bersama
rakyat sekalian telah membawa Malaysia
ke tahap ia berada hari ini…”


“Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan
Malaysia Kesembilan, kita perlu melipatgandakan
usaha menggarap kejauyaan lebih unggul
demi Membina Tamadun dan Menjulang
Martabat Negara.”


 
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia (April 2009 -Kini) 
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

" Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar
   Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
   Andai sengkata membelenggu sesama
   Andai kerakusan menguasai kita
   Kemanakah tumpah harapan mereka.
Kerana,
   Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
   Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
   Melunas sumpah, menunai janji

  Ayuhlah,
  Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
  Lupakan beza lebihkan menerima
  Bertatihlah bersama ku
  Kita berjalan seiringan, kita melangkah sehaluan
  1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia"



Tema-Tema Kemerdekaan 1970-2009
1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


 

Friday, August 20, 2010

Sejarah ringkas kemerdekaan

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA


Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.


Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.




Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.






Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.




PENGISTIHARAN KEMERDEKAAN
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!